Bayang sesuatu objek akan kelihatan apabila adanya sumber cahaya yang memancar ke arah objek. Bayang objek tidak akan kelihatan sekiranya tiada sumber cahaya. Sumber cahaya utama ialah cahaya matahari dan sumber cahaya yang lain adalah daripada alat seperti lampu suluh, lampu minyak tanah, lampu kenderaan dan pemetik api ( mancis ). Selain itu juga cahaya boleh didapati daripada haiwan yang menghasilkan cahaya iaitu haiwan klip-klip.
Ketajaman bayang-bayang yang kelihatan bergantung kepada jenis objek iaitu jenis objek lut sinar, lut cahaya dan legap.
Objek lut sinar membenar semua cahaya melaluinya. Oleh itu tiada bayang-bayang yang jelas kelihatan. Objek lut cahaya membenar sebahagian sahaja cahaya melaluinya. Oleh itu bayang-bayang yang dapat dilihat adalah samar-samar. Objek legap tidak membenar cahaya melaluinya. Oleh itu bayang-bayang akan kelihatan lebih jelas dan terang.
Contoh objek lut sinar: kaca jernih, cermin kereta, air jernih, plastik transparent
lut cahaya: kertas surih, cermin tingkap,
legap : buku, batu, papan, cermin satah dan banyak lagi