Blog Pengajaran Dan Pembelajaran
Nama: Azran b. Mamat N0. Matrik : D20102043709 Tajuk : Arah Dan Panjang Bayang-Bayang Kumpulan : EL-D06
Thursday, 1 December 2011
Wednesday, 23 November 2011
Thursday, 13 October 2011
Bayang-Bayang
Bayang sesuatu objek akan kelihatan apabila adanya sumber cahaya yang memancar ke arah objek. Bayang objek tidak akan kelihatan sekiranya tiada sumber cahaya. Sumber cahaya utama ialah cahaya matahari dan sumber cahaya yang lain adalah daripada alat seperti lampu suluh, lampu minyak tanah, lampu kenderaan dan pemetik api ( mancis ). Selain itu juga cahaya boleh didapati daripada haiwan yang menghasilkan cahaya iaitu haiwan klip-klip.
Ketajaman bayang-bayang yang kelihatan bergantung kepada jenis objek iaitu jenis objek lut sinar, lut cahaya dan legap.
Objek lut sinar membenar semua cahaya melaluinya. Oleh itu tiada bayang-bayang yang jelas kelihatan. Objek lut cahaya membenar sebahagian sahaja cahaya melaluinya. Oleh itu bayang-bayang yang dapat dilihat adalah samar-samar. Objek legap tidak membenar cahaya melaluinya. Oleh itu bayang-bayang akan kelihatan lebih jelas dan terang.
Contoh objek lut sinar: kaca jernih, cermin kereta, air jernih, plastik transparent
lut cahaya: kertas surih, cermin tingkap,
legap : buku, batu, papan, cermin satah dan banyak lagi
Panjang bayang-bayang & arah bayang-bayang
Panjang bayang-bayang bergantung kepada kedudukan terbit matahari, kedudukan tegak matahari dan terbenam matahari. Bayang lebih panjang pada awal terbitnya matahari dan semakin memendek apabila ke tengahari. Bayang-bayang akan memanjang semula apabila ke petang.
Arah bayang pada sebelah pagi menghala ke sebelah barat kerana matahari terbit di sebelah timur. Arah bayang pada sebelah petang menghala ke sebelah timur kerana matahari terbenam di sebelah barat.
Arah bayang pada sebelah pagi menghala ke sebelah barat kerana matahari terbit di sebelah timur. Arah bayang pada sebelah petang menghala ke sebelah timur kerana matahari terbenam di sebelah barat.
Subscribe to:
Posts (Atom)